Manusia yang
diciptakan oleh Allah adalah sama sahaja, membezakan antara mereka adalah takwa
(taqwa) di sisi-Nya. Mengapainya adalah melalui usaha dan ikhtiar kita untuk
menjadi terbaik. Ketika ada usaha untuk membangunkan diri, biiznillah akan
dipermudakan jalan ke arah-Nya. Saya yakin apabila kita berada di bawah, kita
perlu yakin bahawa hidup ini masih memerlukan kita untuk melakar cebisan
pengorbanan, maka lahirlah cinta.
Cinta adalah
pengorbanan, kepercayaan.
Saya yakin,
lagi percaya tidak ramai rakyat Malaysia yang memahami isu palestin. Sejarah
yang tiada dalam helaian buku teks sekolah, tiada dalam sukatan pelajaran di
university. Pastinya menyebabkan kita kurang sensitive. Mungkin masih ramai
umat islam yang tidak mampu menjawab siapakah yahudi dan Israel, mengapa perlu
kita tentang mereka dan mengapa perlu bumi palestin dipertahankan? Cubalah
bertanyakan sesiapa sahaja berdekatan kita untuk menafikan dakwaan ini.
Berapa ramai
yang hanya memandang berita palestin tidak lebih daripada hanya sebuah berita
biasa.berapa ramai yang tahu mengenai shabra dan shatil serta intifada?pastinya
ada, tetapi pastinya hanya sedikit daripada yang banyak.
Untuk turun
berjihad di bumi palestin sama sekali kita tidak mampu, sekadar mendakwa ‘aku
mampu’ dengan mulut hanyalah tidak lebih daripada menipu diri sendiri. Jadi,
mengapa tidak kita usahakan agar masyarakat islam dan dunia memahami isu ini
dengan pemahaman yang jelas, bukan fahaman yang dibentuk oleh yahudi dan
ejen-ejen sekular.
Kalau kita
tahu dan mahu, cukuplah kerana ukhuwah, persaudaraan kita. Jauh bumi palestin
pada pandangan mata tapi dekat pada pandangan hati, berbeza adab, bahasa, dan
bangsa tapi kita berhubung kerana cinta pada agama, iman dan saudara seislam.
Doakan mereka sejahtera, menyalurkan
bantuan material, terus istiqamah memboikot barangan keluaran yahudi. Sekali
kita peduli, seratus kali ALLAH SWT peduli kepada kita.
Indah
sungguh berukhwah andai tersalut bersamanya iman, terpahat melalui cinta
hubungan sesama muslim. Ini kerana cinta kita tidak terasa luka sengsara,
kerana cinta kita dilamun asmara beribadat tahap maksima. Serasa hilang dunia
dari ingatan kerana cinta disalurkan melalui redha ilahi. Semangat tepu boleh
bertukar menjadi mampu.
Benarlah
,kita bercinta pun melalui ilahi.

Alhamdulilah betullah cinta melalui ilahi kite dapat merapatkan ukhuwah sesama umat islam..terime kasih akak ummu atas perkongsian ini..semoga dengan perkongsian ini dapat menarik minat semua yang bace supaye meningkatkn ukhuwah sesama umat islam.
ReplyDeleteAlhamdulilah betullah cinta melalui ilahi kite dapat merapatkan ukhuwah sesama umat islam..terime kasih akak ummu atas perkongsian ini..semoga dengan perkongsian ini dapat menarik minat semua yang bace supaye meningkatkn ukhuwah sesama umat islam.
ReplyDeleteperkongsian yang baik,, segalanya berbalik pd Illahi,,benar,, rasa kasih, cinta segalanya datang dari Dia,,jd sebelum hargai orang yang dikasihi,, hargailah Dia dahulu,, such a good entry kak ummu,,hehe..keep it up..
ReplyDeletesubhanallah..semoga kita sentiasa dalam cinta dan rahmat-Nya..tanpa kita sedar, sebenarnya cinta Allah saja yang kekal dan hakiki..untuk mendapatkan cinta manusia, kita sebenarnya perlu raih cinta Allah dahulu..apabila kita dapat raih cinta Allah, insyaAllah ukhwah kita sesama umat islam juga akan di berkati dan di rahmati oleh Allah swt sepanjang kita hidup di dunia nie..insyaAllah..perkongsian yang sgt menarik..smga perkongsian ini dapat menyedarkan kita pentingnya menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan manusia..
ReplyDelete