Memang sukar hendak mengajar manusia yang berakal mengenal cinta sejati. Mereka mudah memutarbelitkan kata-kata kerana keinginan nafsu mudah mengelocak melata, mengotori syariat yang tertulis. Manusia tahu dosa, dan tahu melakukannya adakah berdosa. Namun kemahuannya tetap membulu hingga hilang penglihatan mengintai jalan lurus. Mereka lemah kerana iman tidak pernah mengiringi cinta diberikan. Berilah peluang kepada saya untuk bicarakan CINTA buat sekalian kalinya. Peranan cinta, jihad cinta, ketulusan cinta yang cuba saya bawakan ini adalah lahir daripada perbezaan cinta-Nya yang mekar bak bunga-bunga nan indah pada musim semi, lain dari lain yang pernah saya puisikan. Setangginya boleh merobek jiwa hamba yang lemah menjadi kuat. Keindahannya seperti pelangi selepas hujan yang mengukir warna-warna di atas dada langit. Peranannya seperti air yang menghilangkan jiwa raga dari dahaga.
Begitulah cinta bekerja apabila iman memandu. Sedar kepada siapa diberikan cinta, kepada siapa harus dipelihara cinta, dan ketika mana layak dihadirkan cinta. Mencintai bererti memberi. Cinta bertandang untuk menuliskan catatan-catatan manis bagi orang yang dicintainya. Cinta datang untuk menghidangkan minuman yang lazat agar boleh diteguk oleh insan dicintainya.
Seorang pencinta sejati tidak pernah mengerti kata kerja MENERIMA. Dia hanya kenal kata kerja MEMBERI. Baginya cinta itu ialah memberi, mendahulukan orang lain dan membelakangi hak sendiri. Memberi apa sahaja agar cinta tulus mulus dapat dirasai oleh insan dicintai, kerana dia tahu di sebalik dia tidak menagih cintanya tapi ia akan tetap hadir di penghujung babak-babak ikhlas memberi tadi.
Cuba kita cermati kisah ini baik-baik. Mereka merupakan contoh teladan cinta sejati hingga ke mati yang kita dambakan. Beliau ialah lelaki soleh yang sangat dicintai oleh Nabi SAW dan para sahabat lainnya. Dia benar-benar seorang yang masak dalam ilmu memberi. Lantas boleh dilihat kezuhudannya pada harta milikinya, hanya sedikit sahaja yang ditinggalkan buat bekalan hidupnya yang masih tersisa.


Saya setuju dengan apa yang tertulis dalam artikel diatas. .bukan mudah mencari cinta sejati yang dapat menundukkan nafsu.
ReplyDeletesubhanallah...betapa agungnya cinta Nabi kita, Nabi Muhammad SAW kpd ALLAH SWT & betapa cintanya baginda kpd semua umatnya...x terfikir oleh akal kta..sehingga saat ajal menjemput pun baginda tetap memikirkan perihal umatnya..betapa mulianya hati baginda...perkongsian yg menarik..harap diteruskan supaya byk lagi yg boleh dijadikan teladan kpd kita...
ReplyDeleteokeyy...cinta itu memberi tanpa mengharap balasan..ikhlas mencinta..!
ReplyDeleteperk0ngsian yg menarik..harap sentiasa k0ngsi pasal cinta..sy rasa anda pencinta yg berbakat..^_^..
teruskan..!
Cinta kepada Allah itu indah, bahkan itulah keindahan yang paling diinginkan oleh hati dan jiwa manusia. Lebih dari itu, hati manusia tidak mungkin merasa bahagia, tenang dan damai jika hati itu tidak mengenal, mencintai dan menghambakan diri kepada Allah... (^_*)
ReplyDeleteAlhamdulilah perkongsian yang sangat menakjubkan..cinta teragung kita adalah kepada ALLAH s.w.t bukan kepada manusia..ayuh kawan2 kite kejarkan cinta yang teragung yang kekal hakiki..saya rase akak bnyk memberi perkongsian yang baik tentang cinta manusia kepada ilahi..cinta teragung kepada maha pencipta kita..
ReplyDelete