Ungkapan cinta sungguh indah, merawat hati insani yang gundah. berapa ramai mengenal cinta sebelum bercinta daripada mereka tertekan kerana terlalu bercinta. mudah lidah meluruskan kata-kata puitis, menggetis sebuah seumur hati. bagaimana orang bercinta boleh menahan dahaga belaian cinta andai sehari tiada pernah ketemui bunga-bunga cinta. pasti dicari walaupun sesaat cuma.
Cinta adalah sesuatu yang tidak dapat didefinisikan dengan kata-kata. kita akan menyedari cinta apabila kita merasainya sendiri. terasa tenang, indah, sayu, lembut, tatkala diberi peluang menikmati gelombang cinta.
Auranya sangat luar biasa.
Bayangkan manusia kuat, akan tunduk apabila terlalu cinta. manusia gagah, akan longlai apabila diserang angin cinta. bahkan manusia lemah akan jadi kuat keutuhan hatinya menindih rasa sukar, gundah, sedih yang bersarang di onar hati apabila disuntik bius cinta.
Apabila dua hati bertaut, dia juga memiliki rasa yang sama dengan apa yang kita rasakan.
kita ingin dia melihat kita tersenyum, kita juga ingin melihatnya bahagia. ini agar dia merasa kita bahagia melihatnya bahagia, walaupun sebenarnya kita tahu dia turut terluka.
Cinta adalah suatu hal yang kebanyakannya manusia akan berlumba-lumba untuk mendapatkannya.
cinta adalah sesuatu yang disenangi oleh jiwa. mendapatkan cinta, kasih daripada makhluk adalah menyenangkan, apalagi jika cinta itu datang dari sang pencipta cinta, ALLAH AZZA WAJALLA.
Rindu dan cinta ilahi adalah mahar manusia di dunia.
Meraih cinta tuhan merintis kebahagiaan di ketandusan hati memilukan.
manusia akan kenal cinta ini apabila tersuluh hikmah tersirat di sebalik rebah ketika disedarkan melalui denai memeritkan. melangkah adalah pasti, dengusan di kala lara tidak bererti lagi.
Merindui kekasih Allah sudah kepastian. meraih cinta baginda di lembah Bani Hasyim adalah tanda bakal meraih cinta ilahi, sebagai pengubat jiwa nan sepi.


