CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday 26 September 2013

MARILAH JADI HAMBA ALLAH

motivasi adalah sesuatu yang kita dapat lihat sesuatu yang jauh ke hadapan dan menjenguk sesuatu tinggi melangit. Buah akalnya berupa api semangat, meredah susah untuk senag kemudian, sama ada dia berani atau langsung tidak dia tidak berkesan kerana matlamatnya hanya satu, iaitu mengapai apa yang diimpikan. manakala muhasabah pula yang dapat saya ceritakan, mencari gali hikmah di sebalik mehnah, mengeluarkan isi tersirat di sebalik tersurat. kebaikannya diteladani dan keburukan yang ada disempadani. orang mukmin akan memanfaatkan kedua-duanya untuk menvetus sumber inspirasi dan inspirasi dalam hidup.
motivasi dan muhasabah bagi saya adalah sangat penting. jadikan liku-liku hidup sebagai seorang hamba serba kurang untuk keluar daripada kepompong lemah. ketika ini muhasabah diperlukan. bentuk kesusahan dunia moden bukan lagi seperti peritnya bilal bin rabah menanggung sesak dada dihempap batu besar di padang pasir panas terik, jerihnya kita pada hari ini bukan lagi seperti disula seperti sumayyah, bukan juga direbus panas-panas seperti tukang sikat firaun, mashitah. motivasi mereka ada pada kalimah tauhid, tiada tuhan berhak disembah selain Allah, Nabi Muhammad SAW pula utusan Allah.
Mungkin sudah jodoh saya dengan takdir Tuhan yang tersirat. hikmahnya baru saya kecapi saat manis bila kita ketahui cukup halus Allah SWT menusuk jarum tarbiah ke hati saya, ketika saya benar-benar memerlukan tonik semangat di ambang peperiksaan. 
kita mesti tetap muslim, dan mukmin dalam apa jua keadaan. senang kita ialah muslim dan mukmin, susah kita mesti muslim dan mukmin. kita beriman, iman kita pada hukum- hakam, iman kita pada kalimah tauhid, iman kita pada dasar-dasar islam, rukun-rukun tersandung di dalam pengajarannya. malah kita kene lebih beriman apabila berhadapan pilihan antara iman dan kufur ( syirik berat atau ringan). mudah menuturkan kalimah syahadah syarat sebagai beriman, tapi lebih mudah dan ramai kita diserang perkara yang boleh membatalkan iman kita.
islam bukan sahaja pada kalimah tapi pada ibadat.
jangan sesekali masa senang kita, menjadi istidraj hingga kita terus alpa dan lupa kepada maha pemberi kesenangan itu. dia tidak menagih simpati dibalas semula apa kita kecapi, harta-Nya tidak pernah berkurang, dia tidak rugi apa-apa. dia mahukan kita dekat kepada-Nya, sentiasa menjadi hamba bersyukur. jangan sesekali pula masa susah kita dihujani masalah kewangan, kesempitan hidup menjadi penyebab kita makin jauh kepada Tuhan maha kaya. Kayanya kita tidak berhenti pada nikmat harta, tapi pahala menggunung.  

BERCINTA MELALUI ILAHI



Manusia yang diciptakan oleh Allah adalah sama sahaja, membezakan antara mereka adalah takwa (taqwa) di sisi-Nya. Mengapainya adalah melalui usaha dan ikhtiar kita untuk menjadi terbaik. Ketika ada usaha untuk membangunkan diri, biiznillah akan dipermudakan jalan ke arah-Nya. Saya yakin apabila kita berada di bawah, kita perlu yakin bahawa hidup ini masih memerlukan kita untuk melakar cebisan pengorbanan, maka lahirlah cinta.

Cinta adalah pengorbanan, kepercayaan.
Saya yakin, lagi percaya tidak ramai rakyat Malaysia yang memahami isu palestin. Sejarah yang tiada dalam helaian buku teks sekolah, tiada dalam sukatan pelajaran di university. Pastinya menyebabkan kita kurang sensitive. Mungkin masih ramai umat islam yang tidak mampu menjawab siapakah yahudi dan Israel, mengapa perlu kita tentang mereka dan mengapa perlu bumi palestin dipertahankan? Cubalah bertanyakan sesiapa sahaja berdekatan kita untuk menafikan dakwaan ini.
Berapa ramai yang hanya memandang berita palestin tidak lebih daripada hanya sebuah berita biasa.berapa ramai yang tahu mengenai shabra dan shatil serta intifada?pastinya ada, tetapi pastinya hanya sedikit daripada yang banyak.
Untuk turun berjihad di bumi palestin sama sekali kita tidak mampu, sekadar mendakwa ‘aku mampu’ dengan mulut hanyalah tidak lebih daripada menipu diri sendiri. Jadi, mengapa tidak kita usahakan agar masyarakat islam dan dunia memahami isu ini dengan pemahaman yang jelas, bukan fahaman yang dibentuk oleh yahudi dan ejen-ejen sekular.
Kalau kita tahu dan mahu, cukuplah kerana ukhuwah, persaudaraan kita. Jauh bumi palestin pada pandangan mata tapi dekat pada pandangan hati, berbeza adab, bahasa, dan bangsa tapi kita berhubung kerana cinta pada agama, iman dan saudara seislam. Doakan  mereka sejahtera, menyalurkan bantuan material, terus istiqamah memboikot barangan keluaran yahudi. Sekali kita peduli, seratus kali ALLAH SWT peduli kepada kita.
Indah sungguh berukhwah andai tersalut bersamanya iman, terpahat melalui cinta hubungan sesama muslim. Ini kerana cinta kita tidak terasa luka sengsara, kerana cinta kita dilamun asmara beribadat tahap maksima. Serasa hilang dunia dari ingatan kerana cinta disalurkan melalui redha ilahi. Semangat tepu boleh bertukar menjadi mampu.

Benarlah ,kita bercinta pun melalui ilahi.

Tuesday 24 September 2013

DEMI CINTA TUHAN KITA KEMBALIKAN


Betapa susah apabila berhadapan manusia ramai, kita sangka semua manusia akan bersikap baik seperti mana kita bersikap baik kepada manusia lain. Kita tidak kisah apa kata orang, apa orang lain lakukan , matlamat kita hanya satu biarlah kita susah, jerih tapi kita mampu hidup bersama ilahi. Kita kekalkan keazaman kuat kerana hidup di dumia ini persinggahan. Kebun ini tempat kita bercucuk tanam, mencari dan menggali sumber. Oleh kerana kita pasti dan yakin hasil yang diperoleh bukan tujuan utama di dunia tapi di hari pembalasan. Hari di mana tiada satu pun peduli, harta tidak lagi bernilai, rasuah tidak lagi diguna pakai. Salah tetap salah.
Betapa sukar kita meninggalkan kehidupan serba mewah di dunia. Tidur di atas tilam hamparan harta, menu hidangan lima bintang, set audio home theater memenuhi ruang tamu, dan gelaran berbintang-bintang di dada.
Ujian berat ialah keselesaan hidup. Selesa dengan rumah berjuta ringgit, kereta mewah, keseronokan tinggal di rumah bersama anak-anak dan isteri sehingga lupa perjuangan, sunnah hidup seorang muslim di persinggahan sementara ini. Gaji berpuluh-puluh ribu ringgit sebulan dan jawatan yang tinggi melalaikan manusia dari jalan sebenar, al-Haq.
Ujian di dalam diri adalah lebih besar dan menakutkan. Ini kerana ianya tidak Nampak dan hanya berlegar di ruang fikiran. Kita akan berperang dengan diri, bukan orang lain. Segala keptusan di tangan kita, baik buruk jalan kita lalui adalah kebergantungan pada kaki kita melangkah. Bukan berbentuk ujian fizikal dan material, tapi berbentuk mental dan spiritual. Berjihad di zaman ini bukan lagi berjuang di medan perang, kerjaya atau politik semata-mata, tapi di medan minda, intelek dan nafsu.
Keikhlasan kita hanyalah kepada ALLAH S.W.T
Mati itu pasti. Sebaik-baik para pejuang pun masih dilema menghadapi mati.

Semakin mendekati tuhan, semakin kuat cabaran dan dugaan-Nya. Hingga merintih untuk diringankan dugaan itu, dan diberikan ketabahan untuk menempuhnya. Keyakinan untuk melihat keindahan pada suratan takdir itu tidak boleh pudar, kerana hanya itulah harapan yang ada, husnul khatimah menjadi cita-cita kerana peluang terbaik dihidangkan ialah mati dalam iman. Matlamat satu ini amat digeruni kerana sejarah juga telah tercatat sebaik-baik Muslim apabila akhir halaannya tiada hembusan syahadah, maka sia-sia belaka.

Tuesday 10 September 2013

MAHAR CINTA SEORANG HAMBA




Sering kali kita dihadapkan pelbagai sikap manusia di sekeliling. Bersama dengan sekalung niat yang baik kita mula menapak kaki di bumi. Ketika kita mengharapkan kebaikan juga hadir kerana baiknya perilaku dan tindakan yang dihulurkan, namun lain pula yang menerjah diri. Jarang kebaikan dibalas dengan kebaikan penindasan pula mengambil tempat. Mujurlah diri tahu dan cepat bertahan kerana apa yang kita  lakukan demi sebuah kebaikan, kerana tuhan. Kita hanya memohon kebaikan itu dibalas oleh ALLAH S.W.T.




Bagaikan sebalang botol yang kosong yang terdedah kepada persekitaran yang terluka tanpa diisi dengan perkara yang boleh dimanfaatkan seperti air suci untuk kegunaan ketika wuduk, dipenuhi dengan tanah subur buat menumbuhkan benih yang ditanam atau diisi dengan akar kayu buat menyembuhkan penyakit badan, maka di setiap inci itulah risiko untuk diisi oleh keburukan amatlah tinggi. Air suci tadi akn tercemar dengan kekotoran bakteria dan kuman kerana tiada penjagaan. Tanah subur pula akan bercampur dengan sisa toksik yang memberi kesan pada sistem tumbesaran, dan tiada lagi akar kayu yang mujarab apabila tiada keseimbangan pencahayaan dan pengudaraan semula jadi.

Begitulah dalam konteks penjagaan hati. Hati manusia ini perlu penjagaan yang berpanjangan dan hendaklah sentiasa diisi dengan kebaikan-kebaikan agar boleh menimbus keburukan yang siap siaga untuk menyerang dari setiap sudut. Terasa tawar untuk membuat maksiat kerana nikmat kebaikan tadi sentiasa manis.
Tidak lapuk dek hujan, tidak kelang dek panas. Kalis maksiat.
Itulah antara bentuk ujian yang perlu dihadapi.  

Benarlah kalam para mujahid fid-deen (dalam agama) bahawa untuk memperoleh SYURGA ALLAH maka kebenaran, kesungguhan, kesabaran dan keredhaan adalah galang ganti kepada mahar yang bakal diterima di akhirat sana.

Monday 9 September 2013

SETANGGI CINTA AGUNG




Memang sukar hendak mengajar manusia yang berakal mengenal cinta sejati. Mereka mudah memutarbelitkan kata-kata kerana keinginan nafsu mudah mengelocak melata, mengotori syariat yang tertulis. Manusia tahu dosa, dan tahu melakukannya adakah berdosa. Namun kemahuannya tetap membulu hingga hilang penglihatan mengintai jalan lurus. Mereka lemah kerana iman tidak pernah mengiringi cinta diberikan. Berilah  peluang kepada saya untuk bicarakan CINTA buat sekalian kalinya. Peranan cinta, jihad cinta, ketulusan cinta yang cuba saya bawakan ini adalah lahir daripada perbezaan cinta-Nya yang mekar bak bunga-bunga nan indah pada musim semi, lain dari lain yang pernah saya puisikan. Setangginya boleh merobek jiwa hamba yang lemah menjadi kuat. Keindahannya seperti pelangi selepas hujan yang mengukir warna-warna di atas dada langit. Peranannya seperti air yang menghilangkan jiwa raga dari dahaga.

Begitulah cinta bekerja apabila iman memandu. Sedar kepada siapa diberikan cinta, kepada siapa harus dipelihara cinta, dan ketika mana layak dihadirkan cinta. Mencintai bererti memberi. Cinta bertandang untuk menuliskan catatan-catatan manis bagi orang yang dicintainya. Cinta datang untuk menghidangkan minuman yang lazat agar boleh diteguk oleh insan dicintainya.

Seorang pencinta sejati tidak pernah mengerti kata kerja MENERIMA. Dia hanya kenal kata kerja MEMBERI. Baginya cinta itu ialah memberi, mendahulukan orang lain dan membelakangi hak sendiri. Memberi apa sahaja agar cinta tulus mulus dapat dirasai oleh insan dicintai, kerana dia tahu di sebalik dia tidak menagih cintanya tapi ia akan tetap hadir di penghujung babak-babak ikhlas memberi tadi.

Cuba kita cermati kisah ini baik-baik. Mereka merupakan contoh teladan cinta sejati hingga ke mati yang kita dambakan. Beliau ialah lelaki soleh yang sangat dicintai oleh Nabi SAW dan para sahabat lainnya. Dia benar-benar seorang yang masak dalam ilmu memberi. Lantas boleh dilihat kezuhudannya pada harta milikinya, hanya sedikit sahaja yang ditinggalkan buat bekalan hidupnya yang masih tersisa. 

Tuesday 30 July 2013

Berbahagia dengan Cinta Tuhan....




Ungkapan cinta sungguh indah, merawat hati insani yang gundah. berapa ramai mengenal cinta sebelum bercinta daripada mereka tertekan kerana terlalu bercinta. mudah lidah meluruskan kata-kata puitis, menggetis sebuah seumur hati. bagaimana orang bercinta boleh menahan dahaga belaian cinta andai sehari tiada pernah ketemui bunga-bunga cinta. pasti dicari walaupun sesaat cuma.
Cinta adalah sesuatu yang tidak dapat didefinisikan dengan kata-kata. kita akan menyedari cinta apabila kita merasainya sendiri. terasa tenang, indah, sayu, lembut, tatkala diberi peluang menikmati gelombang cinta.

Auranya sangat luar biasa.
Bayangkan manusia kuat, akan tunduk apabila terlalu cinta. manusia gagah, akan longlai apabila diserang angin cinta. bahkan manusia lemah akan jadi kuat keutuhan hatinya menindih rasa sukar, gundah, sedih yang bersarang di onar hati apabila disuntik bius cinta.
Apabila dua hati bertaut, dia juga memiliki rasa yang sama dengan apa yang kita rasakan.
kita ingin dia melihat kita tersenyum, kita juga ingin melihatnya bahagia. ini agar dia merasa kita bahagia melihatnya bahagia, walaupun sebenarnya kita tahu dia turut terluka.
Hati yang lembut mudah tersentuh.



Cinta adalah suatu hal yang kebanyakannya manusia akan berlumba-lumba untuk mendapatkannya.
cinta adalah sesuatu yang disenangi oleh jiwa. mendapatkan cinta, kasih daripada makhluk adalah menyenangkan, apalagi jika cinta itu datang dari sang pencipta cinta, ALLAH AZZA WAJALLA.
Rindu dan cinta ilahi adalah mahar manusia di dunia.
Meraih cinta tuhan merintis kebahagiaan di ketandusan hati memilukan.
manusia akan kenal cinta ini apabila tersuluh hikmah tersirat di sebalik rebah ketika disedarkan melalui denai memeritkan. melangkah adalah pasti, dengusan di kala lara tidak bererti lagi.
Merindui kekasih Allah sudah kepastian. meraih cinta baginda di lembah Bani Hasyim adalah tanda bakal meraih cinta ilahi, sebagai pengubat jiwa nan sepi.