CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, 26 September 2013

BERCINTA MELALUI ILAHI



Manusia yang diciptakan oleh Allah adalah sama sahaja, membezakan antara mereka adalah takwa (taqwa) di sisi-Nya. Mengapainya adalah melalui usaha dan ikhtiar kita untuk menjadi terbaik. Ketika ada usaha untuk membangunkan diri, biiznillah akan dipermudakan jalan ke arah-Nya. Saya yakin apabila kita berada di bawah, kita perlu yakin bahawa hidup ini masih memerlukan kita untuk melakar cebisan pengorbanan, maka lahirlah cinta.

Cinta adalah pengorbanan, kepercayaan.
Saya yakin, lagi percaya tidak ramai rakyat Malaysia yang memahami isu palestin. Sejarah yang tiada dalam helaian buku teks sekolah, tiada dalam sukatan pelajaran di university. Pastinya menyebabkan kita kurang sensitive. Mungkin masih ramai umat islam yang tidak mampu menjawab siapakah yahudi dan Israel, mengapa perlu kita tentang mereka dan mengapa perlu bumi palestin dipertahankan? Cubalah bertanyakan sesiapa sahaja berdekatan kita untuk menafikan dakwaan ini.
Berapa ramai yang hanya memandang berita palestin tidak lebih daripada hanya sebuah berita biasa.berapa ramai yang tahu mengenai shabra dan shatil serta intifada?pastinya ada, tetapi pastinya hanya sedikit daripada yang banyak.
Untuk turun berjihad di bumi palestin sama sekali kita tidak mampu, sekadar mendakwa ‘aku mampu’ dengan mulut hanyalah tidak lebih daripada menipu diri sendiri. Jadi, mengapa tidak kita usahakan agar masyarakat islam dan dunia memahami isu ini dengan pemahaman yang jelas, bukan fahaman yang dibentuk oleh yahudi dan ejen-ejen sekular.
Kalau kita tahu dan mahu, cukuplah kerana ukhuwah, persaudaraan kita. Jauh bumi palestin pada pandangan mata tapi dekat pada pandangan hati, berbeza adab, bahasa, dan bangsa tapi kita berhubung kerana cinta pada agama, iman dan saudara seislam. Doakan  mereka sejahtera, menyalurkan bantuan material, terus istiqamah memboikot barangan keluaran yahudi. Sekali kita peduli, seratus kali ALLAH SWT peduli kepada kita.
Indah sungguh berukhwah andai tersalut bersamanya iman, terpahat melalui cinta hubungan sesama muslim. Ini kerana cinta kita tidak terasa luka sengsara, kerana cinta kita dilamun asmara beribadat tahap maksima. Serasa hilang dunia dari ingatan kerana cinta disalurkan melalui redha ilahi. Semangat tepu boleh bertukar menjadi mampu.

Benarlah ,kita bercinta pun melalui ilahi.

4 comments:

  1. Alhamdulilah betullah cinta melalui ilahi kite dapat merapatkan ukhuwah sesama umat islam..terime kasih akak ummu atas perkongsian ini..semoga dengan perkongsian ini dapat menarik minat semua yang bace supaye meningkatkn ukhuwah sesama umat islam.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilah betullah cinta melalui ilahi kite dapat merapatkan ukhuwah sesama umat islam..terime kasih akak ummu atas perkongsian ini..semoga dengan perkongsian ini dapat menarik minat semua yang bace supaye meningkatkn ukhuwah sesama umat islam.

    ReplyDelete
  3. perkongsian yang baik,, segalanya berbalik pd Illahi,,benar,, rasa kasih, cinta segalanya datang dari Dia,,jd sebelum hargai orang yang dikasihi,, hargailah Dia dahulu,, such a good entry kak ummu,,hehe..keep it up..

    ReplyDelete
  4. subhanallah..semoga kita sentiasa dalam cinta dan rahmat-Nya..tanpa kita sedar, sebenarnya cinta Allah saja yang kekal dan hakiki..untuk mendapatkan cinta manusia, kita sebenarnya perlu raih cinta Allah dahulu..apabila kita dapat raih cinta Allah, insyaAllah ukhwah kita sesama umat islam juga akan di berkati dan di rahmati oleh Allah swt sepanjang kita hidup di dunia nie..insyaAllah..perkongsian yang sgt menarik..smga perkongsian ini dapat menyedarkan kita pentingnya menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan manusia..

    ReplyDelete