CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, 10 September 2013

MAHAR CINTA SEORANG HAMBA




Sering kali kita dihadapkan pelbagai sikap manusia di sekeliling. Bersama dengan sekalung niat yang baik kita mula menapak kaki di bumi. Ketika kita mengharapkan kebaikan juga hadir kerana baiknya perilaku dan tindakan yang dihulurkan, namun lain pula yang menerjah diri. Jarang kebaikan dibalas dengan kebaikan penindasan pula mengambil tempat. Mujurlah diri tahu dan cepat bertahan kerana apa yang kita  lakukan demi sebuah kebaikan, kerana tuhan. Kita hanya memohon kebaikan itu dibalas oleh ALLAH S.W.T.




Bagaikan sebalang botol yang kosong yang terdedah kepada persekitaran yang terluka tanpa diisi dengan perkara yang boleh dimanfaatkan seperti air suci untuk kegunaan ketika wuduk, dipenuhi dengan tanah subur buat menumbuhkan benih yang ditanam atau diisi dengan akar kayu buat menyembuhkan penyakit badan, maka di setiap inci itulah risiko untuk diisi oleh keburukan amatlah tinggi. Air suci tadi akn tercemar dengan kekotoran bakteria dan kuman kerana tiada penjagaan. Tanah subur pula akan bercampur dengan sisa toksik yang memberi kesan pada sistem tumbesaran, dan tiada lagi akar kayu yang mujarab apabila tiada keseimbangan pencahayaan dan pengudaraan semula jadi.

Begitulah dalam konteks penjagaan hati. Hati manusia ini perlu penjagaan yang berpanjangan dan hendaklah sentiasa diisi dengan kebaikan-kebaikan agar boleh menimbus keburukan yang siap siaga untuk menyerang dari setiap sudut. Terasa tawar untuk membuat maksiat kerana nikmat kebaikan tadi sentiasa manis.
Tidak lapuk dek hujan, tidak kelang dek panas. Kalis maksiat.
Itulah antara bentuk ujian yang perlu dihadapi.  

Benarlah kalam para mujahid fid-deen (dalam agama) bahawa untuk memperoleh SYURGA ALLAH maka kebenaran, kesungguhan, kesabaran dan keredhaan adalah galang ganti kepada mahar yang bakal diterima di akhirat sana.

6 comments:

  1. sangat menarik...kata2 yg indah namun maksudnya yg begitu mendalam..hati sentiasa perlu disuburi dgn cahaya keimanan supaya hati sentiasa terpelihara dr kekotoran yg mendatangkan kemudaratan kpd diri...marilah sama2 kita mencari & mendapatkan mahar yg x ternilai ini...post yg sgt istimeewa sya rsakan...

    ReplyDelete
  2. hati yang bersih akan menampakkan kesucian tuannya.. bermula dari hati (dalaman) dan kemudiannya akan mencerminkan fizikal (luaran) pemiliknya.. bersihkan hati kerana ia merupakan jiwa manusia..

    ReplyDelete
  3. ayat p0wer...sy setuju sgt2x bahawa Jarang kebaikan dibalas dengan kebaikan tp penindasan pula mengambil tempat..s0 kenalah ikhlas dlm setiap pekara kan...yg pasti jgn harapkan apepun balasan kalau nak buat..janji niat lillahi taala dah...agar kalau kebaikan kita x di balas xde nya kita mgharap kan..so nantikan balasan yg hakiki jak..^_^

    ReplyDelete
  4. sesunghnya Allah Subhanahu Wata'ala m'berikan hikmah yg terbaik dlm apa yang b'laku dlam kehidupan- =) ...

    ReplyDelete
  5. Cara untuk meningkatkan dan menguatkan iman ialah dengan menjaga hati dan iman dari dikotori dengan noda hitam...~ Banyakkan mendengar bacaan Alquran dengan terjemahan serta rajin berzikir~

    ReplyDelete
  6. dengan hati yang bersih adalah seseorang itu menjaga hatinya daripada dikotori..banyakkan berzikir dan membaca al-Quran..terima kasih akak ummu..dengan perkongsian ini saya rase sangat kerdil diri saya di sisi ALLAH S.W.T

    ReplyDelete