Betapa susah apabila berhadapan manusia ramai, kita sangka semua manusia akan bersikap baik seperti mana kita bersikap baik kepada manusia lain. Kita tidak kisah apa kata orang, apa orang lain lakukan , matlamat kita hanya satu biarlah kita susah, jerih tapi kita mampu hidup bersama ilahi. Kita kekalkan keazaman kuat kerana hidup di dumia ini persinggahan. Kebun ini tempat kita bercucuk tanam, mencari dan menggali sumber. Oleh kerana kita pasti dan yakin hasil yang diperoleh bukan tujuan utama di dunia tapi di hari pembalasan. Hari di mana tiada satu pun peduli, harta tidak lagi bernilai, rasuah tidak lagi diguna pakai. Salah tetap salah.
Betapa sukar kita meninggalkan kehidupan serba mewah di dunia. Tidur di atas tilam hamparan harta, menu hidangan lima bintang, set audio home theater memenuhi ruang tamu, dan gelaran berbintang-bintang di dada.
Ujian berat ialah keselesaan hidup. Selesa dengan rumah berjuta ringgit, kereta mewah, keseronokan tinggal di rumah bersama anak-anak dan isteri sehingga lupa perjuangan, sunnah hidup seorang muslim di persinggahan sementara ini. Gaji berpuluh-puluh ribu ringgit sebulan dan jawatan yang tinggi melalaikan manusia dari jalan sebenar, al-Haq.
Ujian di dalam diri adalah lebih besar dan menakutkan. Ini kerana ianya tidak Nampak dan hanya berlegar di ruang fikiran. Kita akan berperang dengan diri, bukan orang lain. Segala keptusan di tangan kita, baik buruk jalan kita lalui adalah kebergantungan pada kaki kita melangkah. Bukan berbentuk ujian fizikal dan material, tapi berbentuk mental dan spiritual. Berjihad di zaman ini bukan lagi berjuang di medan perang, kerjaya atau politik semata-mata, tapi di medan minda, intelek dan nafsu.
Keikhlasan kita hanyalah kepada ALLAH S.W.T
Mati itu pasti. Sebaik-baik para pejuang pun masih dilema menghadapi mati.
Semakin mendekati tuhan, semakin kuat cabaran dan dugaan-Nya. Hingga merintih untuk diringankan dugaan itu, dan diberikan ketabahan untuk menempuhnya. Keyakinan untuk melihat keindahan pada suratan takdir itu tidak boleh pudar, kerana hanya itulah harapan yang ada, husnul khatimah menjadi cita-cita kerana peluang terbaik dihidangkan ialah mati dalam iman. Matlamat satu ini amat digeruni kerana sejarah juga telah tercatat sebaik-baik Muslim apabila akhir halaannya tiada hembusan syahadah, maka sia-sia belaka.

dengan adanya cinta kita terhadap pencipta akan hadirlah rasa cinta terhadp yang dicipta olehnya .. ='))
ReplyDeletecarilah cinta Ilahi..dengan adanya cinta Ilahi kita mampu meraih kebahgian bukan sahaja di akhirat malah turut merasainya di dunia yang smentra ini...Cinta Nya adalah cinta yang kekal abadi... IN Sha Allah... senyum sokmo.. =)
ReplyDeleteSebetul2nya, indahnya dpat mencari cinta Ilahi.. sebelum kita nk meraih cinta dri manusia yg hnya besifat sementara, raihlah cinta hakiki yg lebih indah itu...
ReplyDeletesesungguhnya cinta daripada Allah yang kekal abadi dan hakiki
ReplyDeleteAlhamdulilah sesungguhnya cinta ilahi adalah cinta yang kekal abadi, cinta manusia adalah cinta sementara cinta ilahi adalah cinta hakiki yang lebih indah....mahabbah til jannah...
ReplyDelete